Evolusi kata Bahasa_pasar_Indonesia

Pra-1980-an

Kumpul kebo dalam erti harfiahnya ialah berkumpul seperti kerbau. Istilah ini memaksudkan pasangan yang tinggal sebumbung di luar nikah.

1980-an

1980-an merupakan zaman "bahasa prokém". Pada masa itu, kata-kata sedemikian dibentuk dengan memasukkan sisipan -ok- selepas konsonan pertama sesuatu perkataan baku lalu menggugurkan suku kata terahkur, maka lahirnya perkataan serba baru. Istilah "prokem" itu juga berbentuk prokem kerana dibentuk dengan membubuh -ok- ke dalam preman lalu menggugurkan -an.

Contohnya, perkataan bapak dipecah menjadi b-ok-apak dan digugurkan -ak di akhrinya, maka terbentuknya bokap yang masih digunakan bagi erti "bapa" sehingga hari ini. Perkataan sekolah pula diubah menjadi skokul, namun kata ini lama-kelamaan menjadi lapuk dan tidak digunakan lagi sejak 1990-an, sebaliknya berubah menjadi sekul atau skul, yang mirip perkataan Inggeris school.

Perkataan-perkataan lain seperti mémblé, kécé, dan sifat ayat Nih yé, dan teriakan Alamakjan! turut muncul pada dekad yang sama.